Tuesday, 14 May 2013

Perumpamaan


1. Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Perumpamaan
Maksudnya
Bagai aur dengan tebing
Tolong menolong di antara satu dengan yang lain
Bagai ayam dimakan tungau
Orang yang kurus dan pucat kerana berpenyakit
Bagai bunyi cempedak jatuh
Bunyi jatuh yang kuat
Bagai  bulan dipagari bintang
Kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu
Perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
Sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Tiada kata sepakat dalam satu perbincangan
Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
Persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
Orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
Amat cepat ; terlepas daripada sengsara

Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anakdengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air
Membuat pekerjaan yang  sia-sia
Bagai murai dicabut ekor
Seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai tikus membaiki labu
Merosakkan lagi barang yang dibaiki
Ibarat burung, mata lepas badan terkurung
Tidak ada kemerdekaan
Laksana burung diam dalam sangkar
Orang yang terikat hidupnya
Laksana katak diharung ular
Lari bertempiaran dengan suara riuh-rendah kerana ketakutan
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa
Laksana pohon kayu tiada berbuah
Ilmu yang tiada diamalkan
Seperti abu di atas tunggul/ seperti telur di hujung tanduk
Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing
Selalu bertengkar
Seperti anjing dengan bayang-bayang
Orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam
Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
Muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih direndang
Bunyi bising
Seperti cacing kepanasan
Tidak diam atau tenang, selalu gelisah
Seperti cincin dan permata
Pasangan yang sama padan dan sama cantik
Seperti embun di hujung rumput
Kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ seperti talam dua muka
Mencari keuntungan dari kedua-dua belah pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia
Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti ikan kena tuba
Sudah tidak berdaya lagi
Seperti kera mendapat bunga
Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
Seseorang yang lurus yang menurut segala perintah orang lain
Seperti langit dengan bumi
Perbezaan yang amat ketara
Seperti lintah menghisap darah
Meminjam wang dengan bunga yang terlalu tinggi; menipu dengan cara yang lemh lembut
Seperti mengajar itik berenang
Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dan penukul
Orang yang hanya bekerja apabila diperintahkan
Seperti pungguk rindu akan bulan
Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung
Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras
Suka dan senang sekali; orang yang mendapat kedudukan yang mewah
Seperti ular kena palu
Sesuatu yang bengkang-bengkok
Seperti ulat lupa akan daun
Melupakan kebaikan orang kepadanya
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan
Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
Tidak tetap pada suatu tempat
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Orang yang baik walau di mana sekalipun akan dimuliakan juga
Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
Orang yang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa; tidak berdaya untuk melawan

No comments:

Post a Comment