1. Pada umumnya, soalan dalam bahagian ini menguji
pengetahuan anda tentang ketepatan penggunaan sesuatu kata pada sesuatu ayat.
2. Jenis-jenis kata yang ditanyakan meliputi:
a)
Kata nama
b)
Kata adjektif
c)
Kata kerja
d)
Kata ganda
Kata
|
Maknanya
|
baik
|
1. Tidak
jahat (kelakuan)
2. Sembuh
;pulih
3. Bagus;elok
4. Sihat
5. Sesuai
dan rapat (persahabatan)
|
barang
|
1. Benda
2. Lebih
kurang; kira-kira
3. Apa-apa
saja
|
bekas
|
1. Kesan;
tanda
2. Pernah
menjadi
3. Tempat
mengisi sesuatu
|
cerah
|
1. Terang
2. Jernih
3. Agak
putih
4. Berseri;
tidak muram (rupa muka)
|
dalam
|
1. Bahagian
atau ruang di balik bahagian yang di luar
2. Tidak
cetek
3. Luas
(pengetahuan)
4. Mengalami;
ditimpa
5. Selama
|
halus
|
1. Tidak
kasar; kecil-kecil; lumat
2. Tidak
kesat; lembut; licin
3. Baik;
bersopan, beradab
|
hangat
|
1. Panas
2. Meriah
3. Masih
baru (berita)
|
haus
|
1. Dahaga
2. Sangat
ingin mendapat sesuatu
3. Menjadi
kurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok; banyak digunakan
|
jalan
|
1. Tempat
lalu lintas (kenderaan atau manusia)
2. Ikhtiar;
cara; akal
3. Gerakan
(kereta, jarum jam, dan sebagainya)
|
jatuh
|
1. Gugur
atau luruh
2. Menjadi
kurang; merosot
3. Bersamman
dengan
4. Menjadi
5. Kalah;
takluk
|
kacau
|
1. Tidak
teratur; tidak kemas
2. Keadaan
tidak aman; keadaan kubar-kacir; huru-hara
3. Tidak
tenteram; kusut
|
No comments:
Post a Comment