Friday, 24 May 2013

Cetusan Idea



USAHA UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
       
    Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan negara. Namun, rakyat di negara ini semakin meminggirkan  bahasa Melayu yang berpunca daripada tanggapan yang salah terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kemajuan.
      Apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu ?. Badan utama yang memainkan peranan penting ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP hendaklah sentiasa menasihati, menegur dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta dan media massa supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam urusan rasmi.
      Selain itu, peranan media massa tidak harus diperkecil. Pujian harus diberikan kepada stesen penyiaran seperti RTM dan TV3 kerana masih menggunakan bahasa Melayu dalam kebanyakan siaran.
      Di samping itu mahasiswa institusi pengajian tinggi dan warga pendidik harus memainkan peranan merka juga. Misalnya mahasiswa menganjurkan Minggu Bahasa Melayu dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Warga pendidik pula mempunyai peranan yang lebih penting kerana mereka akan melahirkan pelajar-pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Melayu dengan baik.
     Peranan sektor swasta juga amat penting. Penganjuran lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara haruslah dilakukan. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pulangan yang memberangsangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi.
     Kesimpulannya, langkah-langkah yang pragmatik perlu diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kepentingan bahasa ini haruslah disedari oleh setiap lapisan masyarakat. Jika tidak,generasi akan datang akan dijajah oleh kuasa-kuasa barat yang menggunakan bahasa asing.

Sumber Rujukan : Majalah Fokus SPM 2006




KARYA SASTERA SEMAKIN TERPINGGIR
    
  Dewasa ini, karya-karya sastera semakin terpinggir walaupun besar peranannya sebagai citra budaya bangsa. Karya-karya sastera meliputi luahan perasaan dan nasihat penulis melalui karya mereka seperti syair, sajak dan pantun. Selain itu, karya sastera juga dihasilkan dalam bentuk cerpen, drama dan prosa tradisional yang menitikberatkan aspek nilai-nilai murni. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan karya sastera semakin terpinggir dalam kalangan generasi muda hari ini.
      Faktor utama yang menyebabkan karya sastera kurang diminati oleh generasi muda hari ini adalah kerana bahasa sastera sukar untuk difahami. Dalam sastera terdapat terdapat banyak menggunakan bahasa Melayu klasik dan sukar untuk difahami oleh pembaca. Hal ini menyebabkan mereka berasa bosan apabila membacanya. Sebagai contoh, dalam prosa tradisional yangmenceritakan cerita-cerita  pada zaman dahulu, banyak menggunakan bahasa klasik seperti pengulangan perkataan maka, sahaya dan sebagainya. Terdapat juga penggunaan bahasa istana yang kini semakin luput dek arus kemodenan negara.
     Kemajuan sains dan teknologi juga menyebabkan karya-karya sastera tiada nilai di mata anak-anak muda marcapada ini seperti penciptaan penggunaan internet tanpa wayar dan permainan video yang lebih menyeronokan serta melalaikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan internet secara meluas, tidak kira di bandar mahupun di desa. Terdapat banyak kafe siber yang dibuka, yang lebih cenderung kemudahannya untuk permainan. Tegasnya, kemajuan sains dan teknologi adalah salah satu faktor yang menyebabkan karya sastera semakin disisihkan oleh generasi muda hari ini.
      Konklusinya,karya-karya sastera merupakan warisan nenek moyang kita yang sangat berharga dan perlu dipertahankan agar tidak lapuk dek zaman serba moden ini. Oleh itu, semua pihak haruslah bahu-membahu dalam memperkasa karya sastera di negara ini.

Sumber Rujukan :  Fokus SPM 2009.

Wednesday, 22 May 2013

Menyulam Mutiara Kata Dalam Karangan



Oleh: PUAN NORIDAH BINTI HAJI RAMLAN
      
    Antara kaedah untuk memudahkan kita memperoleh mutiara kata yang terbaik adalah dengan beberapa saranan seperti berikut:

  • ·         Membaca artikel dalam dalam akhbar dan majalah bahasa.
  • ·         Membaca novel yang ditulis oleh pengarang ternama.
  • ·         Membaca cerpen dan buku-buku motivasi.
  • ·         Membaca laman-laman bahasa dalam Internet.

      Perlu diingatkan, anda perlu bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dan berkualiti kerana karya-karya picisan tau humor kurang membantu.

Contoh Mutiara Kata

1.       Akhlak yang buruk merosokkan amal seperti cuka merosakkan madu. – Sabda Rasulullah s.a.w.
2.       Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buat hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. – Kata-kata Pujangga.
3.       Kecantikan yang  abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dann pakaiannya.- Hamka.
4.       Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.- Horne.
5.       Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetap adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. – Kata-kata Hukamak.
6.        Kalau hidup ingin merdeka, tiada tercapai hanya berkata, ke muka maju sekata, maju kita, melemparkan jauh jiwa hamba.- Usman Awang.
7.       Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. – Kata-kata Pujangga.
8.       Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.  – Kata-kata Hukamak.
9.       Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi  semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. – Davey John Schwartz.
10.   Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untukmengejar impian hari esok. – Kata-kata Punjangga
11.   Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. – Kata-kata Hukamak.
12.   “ Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” – Surah al Hajj: 77.

Saturday, 18 May 2013

Tekalah siapa saya?



1. Saya adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Badan saya dipenuhi rambut dan berwarna merah atau kuning. Rasa saya manis dan sedikit berair. Badan saya bulat, kecil dan mudah dikopek. Jadi tekalah saya !


2. Saya ini sangat penting. Pelbagai maklumat terdapat dalam diri saya dan ia memudahakan orang untuk mengetahui isu semasa yang sedang berlaku. Harga saya tidak terlalu mahal dan senang untuk didapati di mana-mana sahaja kedai. Jangan lupa, saya dahulu mula diperkenalkan pada tahun 1805. Kalau adik-adik tahu siapa saya, cubalah teka?
 
3. Saya jernih dan sangat sejuk terutama pada waktu pagi. Saya boleh membuatkan orang menggigil kerana tidak tahan selepas menggunakan saya. Saya ini banyak manfaatnya kepada manusia, terutama untuk semua benda yang hidup. Tanpa saya mereka boleh mati kekeringan dan kehausan. Siapakah saya?



4. Saya digelar pokok serba guna. Ini kerana dai hujung pucuk hingga ke akar, saya dapat berbakti kepada manusia. Buah saya juga digemari sebagai penghilang dahaga ketika ia muda dan digunakan dalam masakan apabila sudah tua. Apabila tiba musim perayaan, daun saya menjadi rebutan untuk membuat ketupat nasi. Tekalah siapa saya?


5. Tempat saya adalah di dapur, saya sangat berguna kepada mereka yang ingin memasak. Tanpa saya, kerja mereka tidak akan sempurna. Saya ada dua telinga yang comel dan kecil. Badan saya bukanlah leper tetapi melekuk. Badan saya ada yang berwarna hitam mahupun perang. Tekalah siapa saya?
 
6. Saya adalah suatu bentuk permukaan tanah yang letaknya jauh lebih tinggi daripada tanah-tanah di daerah sekitarnya. Pada umumnya, saya lebih besar dan tinggi jika dibandingkan dengan bukit. Saya juga memiliki lereng yang curam dan tajam atau dikelilingi oleh puncak-puncak. Saya juga sangat digemari oleh pendaki-pendaki yang suka akan cabaran. Siapa agaknya saya?
 

Jawapan:

1. Rambutan
2. Surat akhbar
3. Air
4. Pokok kelapa
5. Kuali
6. Gunung