Friday, 19 April 2013

Tertib Menulis Karangan



Tiga langkah utama

1. Persediaan
  • Memilih dan menganalisis tajuk karangan dan skopnya.
  • Menentukan pembaca sasaran.
  • Menentukan maklumat atau isi.
2. Penyusunan
  • Menyediakan rangka karangan.
  • Mengembangkan isi penting dalam rangka karangan menjadi perenggan.
3. Penyemakan
  • Menyemak keseluruhan format karangan.
  • Menyemak isi - mengesan isi yang tertinggal, tidak tepat atau yang perlu ditambah.
1. PERSEDIAAN
   Kaedah Memilih dan Menganalisis Tajuk
 1. Murid seharusnya memilih tajuk yang dikuasainya dari segi pengetahuan fakta dan isi. Hal ini membolehkan murid menghuraikan tajuk secara bernas, tepet dan lancar.
2. Menganalisis tajuk soalan merupakan langkah yang perlu sebelum menulis karangan. Hal ini untuk memastikan murid menulis karangan  yang bertepatan dengan kehendak soalan.
3. Tentukan jenis karangan yang dipilih sama ada berformat khusus ataupun tidak berformat khusus. Pastikan murid mematuhi format yang betul.
4. Karangan yang tidak menepati kehendak soalan serta tidak mematuhi format akan dianggap terpesong dan menyebabkan murid memperoleh markah minimum.
 Kaedah Menentukan Pembaca Sasaran
 1. Murid hendaklah mengenal pasti pembaca yang menjadi sasaran tajuk yang ditulis.
 2. Ketika menulis, murid perlu mengandaikan orang yang membaca karangan tersebut. Jika murid menulis karangan ucapan sempena amjlis perpisahan di sekolah atau seumpamanya, murid hendaklah mengandaikan orang yang membaca karangan murid terdiri daripada rakan murid dan guru. Jika karangan berbentuk perbahasan untuk pertandingan, andaikan pembaca sasaran ialah panel hakim, rakan murid, guru dan sebagainya.
Kaedah Menentukan Maklumat Isi
1. Kenal pasti kata kunci dalam soalan seperti bincangkan, huraikan, berikan pendapat, jelaskan dan sebagainya.
2. Garisi perkara-perkara penting dalam tajuk soalan untuk memandu murid menulis dengan lancar serta mengesan dan mengemukakan isi yang penting dan betul. Contohnya, Tulis surat..., Tulis cacatan..., Tulis berita... dan Lengkapkan cerita.
3. Skop penulisan juga perlu diketahui agar murid dapat mengaitkan isi utama dengan perkara lain yang berkaitan dengan tajuk.
4. Setiap isi perlu relevan atau berkaitan dengan kehendak soalan. Dalam penulisan, isi yang paling penting hendaklah didahulukan.
2 .PENYUSUNAN
    Kaedah Menyediakan Rangka Karangan
1.Fahami tajuk terlebih dahulu. Pastikan isu, tema dan kehendak tajuk, iaitu sama ada tema sosial, pendidikan dan sebagainya.
2.Perhatikan kehendak soalan, iaiatu sama ada berbentuk cerita, huraian, perbincangan, catatan atau sebagainya.
3. Rangka karangan hendaklah mempunyai tiga bahagian:
Rangka Karangan
                             
1. Pendahuluan
2. Isi (1)
         (2)
         (3)
         (4)
3. Penutup
4. Senaraikan semua isi penting dan elakkan pengulangan isi.
5. Susun isi mengikut urutan, iaitu dengan mendahulukan isi yang paling penting.
6.Rangka karangan tidak perlu ditulis secara terperinci. Memandai murid membuat cacatan ringkas yang difahami oleh murid sendiri.
Kaedah Mengembangkan Isi Penting
1.Menulis Pendahuluan:
·         Memberikan gambaran atau huraian tajuk secara umum tanpa menyertakan isi.
·         Ditulis secara ringkas dalam satu perenggan. Tiga hingga empat baris ayat adalah memadai.
·         Jika karangan merupakan karangan berformat, pendahuluan hendaklah mematuhi format yang ditetapkan.
2.Menulis Perenggan Isi:             
·         Terdiri daripada beberapa perenggan; satu perenggan, satu isi.
·         Setiap isi dihuraikan dengan jelas, sesuai dengan kehendak soalan, berserta contoh. Elakkan menggabungkan beberapa isi dalam satu perenggan.
·         Dahulukan isi yang paling, disusuli dengan isi yang kurang penting.
3. Menulis Penutup
·         Memberikan kesimpulan atau kesudahan karangan.
·         Perenggan tidak perlu terlalu panjang. Dua atau tiga baris ayat adalah memadai.
·         Biasanya, tajuk ditegaskan sekali lagi di bahagian ini.
·         Rumusan isi juga boleh dikemukakan jika sesuai, tetapi dinyatakan secara umum sahaja.
·         Cadangan atau pandangan tentang tajuk juga bolah dikemukakan jika sesuai.
·         Jika karangan merupakan karangan berformat, perenggan penutup hendaklah mematuhi format yang ditetapkan.
3. PENYEMAKAN
   Kaedah Menyemak Karangan
1. Semak karangan yang telah siap ditulis sebelum dihantar.
2. Pastikan format karangan adalah betul.
3. Pastikan juga isi yang penting tidak tertinggal. Jika ada isi penting yang tertinggal atau contoh kurang meyakinkan, tambah bahagian berkenaan.
4. Baca karangan sekali lagi untuk memastikan aspek-aspek tatabahasa seperti ejaan, tanda baca, struktur ayat dan penggunaan kata adalah betul. Hal ini untuk mengelakkan pemotongan markah.
5. Pastikan juga panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Sebaik-baiknya kira bilangan perkataan untuk kepastian.


No comments:

Post a Comment