Saturday, 27 April 2013

Hukum D-M



1. Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun/diatur supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.

2. ‘D’ bermaksud unsur subjek ayat/perkara yang diterangkan.

3. ‘M’ pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek.

4. Dalam penulisan, gaya bahasa  Melayu baku mengutamakan subjek/perkara, diikuti oleh penerangan tentang subjek/perkara berkenaan.

5. Hal ini berbeza daripada gaya bahasa Inggeris yang predikatnya didahulukan, diikuti oleh subjeknya.

6. Perhatikan pembentukan frasa nama di bawah ini. 

Frasa nama (salah)
Frasa nama (betul)
rebus jagung
jagung rebus
mini panggung wayang
panggung wayang mini
Federal Hotel
Hotel Federal
belacan sambal
sambal belacan
goreng pisang
pisang goreng
Kim Rumah Tumpangan
Rumah Tumpangan Kim
Malaya Universiti
Universiti Malaya
Negara Zoo
Zoo Negara
jeruk mangga
mangga jeruk
Alias Restoran
Restoran Alias
ekpress kereta api
kereta api ekspes
 
KEKECUALIAN HUKUM D-M

1. Ada frasa nama yang berkecuali daripada mengikuti Hukum D-M disebabkan oleh kebiasaan dalam penggunaan.

2. Kebanyakan frasa nama itu berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti contoh-contoh yang berikut.

Menerangkan (M)
Diterangkan (D)
Perdana
Menteri
Ketua
Menteri
Naib
Presiden
pembantu
penyelidik
ibu
pejabat

FRASA NAMA YANG BEBAS SUSUNANNYA

1. Sesetengah frasa nama seolah-olah salah kerana tidak mengikut Hukum D-M.

·         lembu susu                                       atau                                     susu lembu
·         ayam telur                                         atau                                     telur ayam
·         lembu daging                                   atau                                daging lembu
 
2. Lihat contoh-contoh di bawah ini.

3. Sebenarnya, semua bentuk frasa nama di atas adalah betul.

4. Frasa nama itu ialah frasa nama yang bebas susunannya.
·         lembu susu         lembu yang diternak untuk menghasilkan susu
·         susu lembu         susu yang dihasilkan oleh lembu
·         lembu daging     lembu yang diternak untuk dagingnya
·         daging lembu     isi pada badan lembu
·         ayam telur          ayam yang diternak untuk menghasilkan telur
·         telur ayam          telur yang dihasilkan oleh ayam
 
5. Hal ini demikian kerana frasa nam itu berkaitan dengan makna yang khusus seperti yang berikut.


 


 Kesan kesalahan dalam ayat di bawah.

1. Semua perkhidmatan mini bas di Kuala Lumpur telah ditamatkan pada bulan Jun 1988.

2. Zamani suka makan goreng pisang yang dijual di warung Mak Tijah yang letaknya bersebelahan      dengan Klinik Nathan.

3. Encik Kassim menjalankan perusahaan membuat cili sos.

4. Setiap kali dia makan di Kentucky Restoran, dia pasti akan memesan semangkuk kentang goreng.

5. Perasmian zoo mini itu telah dilakukan oleh Menteri Besar.

Thursday, 25 April 2013

Kata Seru



1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah, hairan, sedih, takut, terperanjat dan sebagainya.

2. Cara penggunaaannya disesuaikan dengan intionasi pengucapan, iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti berikut:

Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
Aduh
Untuk menyatakan perasaan sakit atau kagum
Aduh, sakitnya tanganku!
Aduh, besarnya rumahmu!
Aduhai
Untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
Ah
Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
Amboi/Wah
Untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
Amboi, mahal betul kereta itu!
Wah, berani betul budak itu!
Cis/Ceh
Untuk menyatakan perasaan marah dan benci
Cis, berani dia menentangku!
Ceh, mereka tidak kenal siapa aku!
Eh
Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
Eh, mereka sudah sampai !
Eh, tadi dia ada di sini !
Hai
Untuk menegur seseorang atau menarik sesuatu
Hai, saya Fazlina Saad !
Nah
Untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu
Nah, inilah yang kita tunggu-tunggu selama ini !
Nah, ambil pensel ini !
Oh
Untuk menyatakan perasaan hairan, kecewa, terkejut dan sebagainya
Oh, Tuhanku, ampunilah dosaku !
Oh, tergamak dia melakukan !
Wahai
Untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian
Wahai adikku, jangan engkau ulang perbuatan seperti ini lagi!

Tuesday, 23 April 2013

Kata Sendi



1. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa yang lain dalam ayat.


2. Yang berikut adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

 Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
Akan/kepada/terhadap
Untuk menunjukkan perasaan dan sikap
Adik sayang akan kucing.
Ya Allah, kepada-Mu aku berserah.
Bagi/untuk
Untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
Pen itu dibeli untuk anaknya.
Jamuan itu bagi guru-guru baru.
Dari
Untuk menunjukkan tempat dan masa
Mereka baru pulang dari Johor.
Dia tidak sedar diri dari pagi  tadi.
Daripada
Untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan menunjukkan keanggotaan
Pasukan Perak lebih hebat daripada pasukan Kedah.
Bunga itu dibuat daripada sabun.
Di
Untuk tempat
Di dalam dompet itu ada wang.
Dengan
Untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara,  keterangan cara dan penggunaan sesuatu sebagai alat
Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
Hingga/sampai
Untuk menunjukkan peringkat masa, tempat dan had tertentu
Dia bekerja dari pagi hingga/sampai malam.
Ke
Untuk tempat, masa dan benda konkrit yang tidak bernyawa
Kereta api menuju ke Padang Besar.
Cawan itu terhempas ke batu.
Kepada
Untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri
Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
Oleh
Untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
Buku itu dibaca oleh Salmi.
Bukit yang tinggi itu tidak terdaki oleh mereka.
Pada
Untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu
Feri itu tiba pada pukul lima petang.
Novel itu ada pada Rahim
Perkara itu benar pada pandangan saya.
Sebagai
Untuk menyatakan makna menjadi atau selaku, seakan-akan atau seumpama
Chin Loo dilantik sebagai ketua kelas Tahun Enam Melati.
Sejak
Untuk menyatakan makna bermula dari suatu jangka masa tertentu
Dia tidak makan sejak semalam.
Puan Alima tinggal di sini sejak 20 tahun yang lalu.
Seperti/umpama/bak
Untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
Suasana di dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
Tentang
Untuk menyatakan makna berkenaan dengan
Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.